D'Rase @ Syuhaiza Bakeryshop dikenali di facebook

Pada mulanyer hanya sebagai hobi dan suka-suka. Memang tiada niat langsung untuk berniaga. Lagipun memang tak reti macamana nak mulakan.

Bermula dengan menjamu sahabat handai di pejabat dan saudara mara. Dan ada juga dibuat sebagai cenderahati dan hadiah setiapkali menziarahi mereka ataupun untuk meraikan majlis-majlis tertentu....Alhamdulillah...dari situ adanyer pertanyaan dari mereka itu dan ini tentang produk kami.

Bermula dengan Cookies tahun 2004, disusuli dengan cupcake dan cake pada 2007. Di tambah lagi dengan homemade chocolate tahun 2010. Dan yang terbaru Fancy Cookies....





Tuesday, November 30, 2010

brownies chocolate cheese

brownies chocolate cheese dengan walnut. dengan berat 1.2 kg. ini produk baru kami. sesiapa berminat boleh hubungi kami.

Lolichoc



ini ada beberapa design untuk lolichoc. sesuai untuk semua majlis. warna tema boleh ikut majlis pilihan. kepada yang berminat boleh lar hubungi kami..

tart nenas


tart nenas ni order dari kawan adik ipar syu. sampai 6 balang dia order untuk diri sendiri sempena hari raya haji baru2 ni. ini gara2 tak cukup tart nenas yang dia order masa hari raya aidilfitri. terima kasih yer...

kepada sesiapa yang teringin nak makan tart nenas ni tak payah lah tunggu musim perayaan. boleh hubungi kami dan insyaAllah kami penuhi hajat u all...

class cupcake @ bukit naga klang






class basic cupcake di bukit naga klang pada 12 nov 2011 (sabtu). Kak Hanim call syu untuk buat confirmation class dengan group yang dia ada. pada masa tu syu berada di Melaka umah mak mertua masa minggu raya haji baru2 ni. so hari Jumaat terus balik shah alam. Sumer brg2 keperluan class syu beli di Melaka sahaja.

Alhamdulillah segalanyer berjalan dengan lancar. Class di buat di rumah adik syu coz mereka semua duduk di area2 sana jugak. terpaksalah syu angkut semua peralatan termasuk oven. Semoga aper yang kalian dapat pada hari tersebut dapat dimanfaatkan.

Terima kasih Kak Hanim and the group.

Wednesday, November 17, 2010

cupcake kawan syidah - bunga ros



cupcake wedding bunga ros untuk seorang kawan dari seorang kawan. thank you n tahniah

Cake Shamizal

Cake chocolate ni order dari shamizal untuk adiknyer yang tersayang. thank you sham...

cake barbie doll

Ini cake barbie doll syu yang pertama dan syu buatkan untuk customer di bukit naga klang sempena hari lahir 2 orang anak perempuannyer. terima kasih yer....

Cake practical student


Cake ini order dari pusat zakat selangor untuk meraikan hari akhir bg student practical di sana. terima kasih yer....

Tuesday, November 16, 2010

Class cupcake - Cma dan Lyn




Class cupcake yang syu anjurkan untuk cma n lyn. kedua2nyer sgt kreatif, maka sessi pembelajaran habis cepat. semoga ilmu yang dikongsi dpt dimanfaatkan. InsyaAllah....

Chocolate Edible Image - PTS

chocolate dengan image logo company sekali dengan "wording" di tempah oleh syarikat PTS Publication & Distributors Sdn Bhd, Batu Cave sebanyak 700pcs untuk majlis hari raya baru2 ini. terima kasih pada person incharge, esp En. Wahyudi yang banyak berurusan dengan syu untuk menjayakan dan merealisasikan impian mereka. terima kasih..

Saturday, November 6, 2010

Khidmat deco


cake ni dihantar oleh seseorang yang inginkan khidmat deco dari kami. ini lah hasilnyer mengikut permintaan...terima kasih....

Cupcake kawan syidah - baby shoes


cuppies ni order dari seksyen 23 shah alam untuk majlis kelahiran anak lelakinyer. kami tak berjumpa pun coz order ni melalui adik ipar syu. mungkin kawan dia kot. apa2 pun tahniah dan terima kasih....

Kelas Cupcake



inilah class basic cupcake yang pertama yang syu anjurkan. azlina member opis yang bersungguh2 nak belajar. syu tak sempat nak ambil banyak gambar coz sibuk melayan anak2 bujang dia yang tak ader orang nak jaga. tp syu nasihatkan seboleh2nyer jgn bawa anak or sape2 semasa class sbb sedikit sebanyak akan mengganggu takut nanti tak fokus.

aper2 pun next akan ader class lagi dan terima kasih banyak sbb sudi jadi anak murid syu. semoga aper yang di ajar dapat dimanfaatkan. insyaAllah....

Friday, November 5, 2010

cupcake n chocolate oreo - wedding ejun n mastura





chocolate oreo ni sumer untuk adik ipar syu sempena hari perkahwinannyer di melaka. syu buatkan lebih kurang 200 lebih kotak....suker tol mak mentua syu....heeeee...dan cuppies biru tu syu buatkan dalam 150pcs...yang ni pengantin plak suker....tahniah dan selamat pengantin baru

Muffin - zakat


kedua2 kotak ni order dari pusat zakat selangor. tp order dari individu yang lain dan hari yang lain juga. terima kasih banyak2 yer....ramai dah orang2 zakat ni order ngan syu....terima kasih atas support kalian semua....syukur....

Chocolate oreo - seksyen 8

chocolate oreo 100pcs ni order dari seksyen 8 shah alam untuk cenderahati pihak sebelah lelaki. bertemakan ungu. pada mulanyer dia nak cupcake tp syu suggest chocolate sbb syu tak sempat nak buat cupcake coz ader kerja lain....aper2 pun trima kasih kerana sudi terima cadangan syu ni n alhamdulillah feedback dari dia menggembirakan hati syu dan juga dia. terima kasih kak.....

cupcake pertunangan - tanjung malim

cuppies ni order dari makcik syu, cik ijan untuk adik ipar dia bertunang bertemakan warna hijau. thank you cik ijan.....

cupcake wedding - LHDN shah alam


cuppies ni order dari income tax (LHDN) shah alam untuk sedaranyer yang bertunang. adik syu yang tolong antar kan coz syu ader hal. terima kasih yer kak.....

cupcake wedding - kedah


cuppies ni order dari sementa untuk majlis pertunangan nak mengantar ke kedah. dorang mintak tema hijau kuning. bunga tu bunga fondant. siap sekali ngan kotak transparence hiasan bunga n reben. terima kasih banyak2..

cupcake pertunangan - Zakat


lagi order dari zakat....nampaknyer zakat dah mula meminati cuppies hasil tangan syu ni....syukur alhamdulillah...ni order dari seorang adik untuk abang tersayang yang bertunang. thank you yer dek...

cupcake bertunang - najwa




lagi satu cupcake fondant bertamakan pink. order dari sepupu syu untuk kawannyer bertunang. dia pun request buatkan box transparence sekali supaya senang tuan punyer majlis tak yah pening2 kepala. cake buttercream tu untuk makan2 saudara2nyer. thanks yer...

cupcake fondant pink - LHDN



cupcake fondant bertemakan pink ni order dari lembaga hasil dalam negeri (LHDN) shah alam untuk majlis pertunangannyer. n dia request sekali untuk letakkan dalam box transparence siap sekali dengan hiasan. untuk hiasan syu hanyer charge material yang digunakan sahaja. terima kasih dan selamat bertunang.

cupcake chocolate - marina



cuppies order dari customer jiran syu, marina. marina ni ada saloon kat seksyen 17. customer dia la ni yang order....thank you nana coz mempromosikan cupcake akak ni....

cupcake piping jelly - azlina

cuppies ni order dari azlina untuk ulang tahun perkahwinannyer. azlina kalu order cuppies ni dia tak nak cream coz hubby ngan anak2 lebih suka piping jelly... thanks yer...akak doakan perkahwinan ni dengan anak hero 4 orang tu berada dalam sejahtera dan bahagia...

cupcake subang - kawan mokcik



cuppies ni order dari subang nak bawa ke kampung masa raya baru ni. trima kasih banyak2...

Cake Edible Image (Photo) - LHDN

edible cake ni order dari lhdn shah alam untuk anak perempuan dia auni najihah. trima kasih yer...