D'Rase @ Syuhaiza Bakeryshop dikenali di facebook

Pada mulanyer hanya sebagai hobi dan suka-suka. Memang tiada niat langsung untuk berniaga. Lagipun memang tak reti macamana nak mulakan.

Bermula dengan menjamu sahabat handai di pejabat dan saudara mara. Dan ada juga dibuat sebagai cenderahati dan hadiah setiapkali menziarahi mereka ataupun untuk meraikan majlis-majlis tertentu....Alhamdulillah...dari situ adanyer pertanyaan dari mereka itu dan ini tentang produk kami.

Bermula dengan Cookies tahun 2004, disusuli dengan cupcake dan cake pada 2007. Di tambah lagi dengan homemade chocolate tahun 2010. Dan yang terbaru Fancy Cookies....





Monday, October 25, 2010



cupcake n cake ni order dari sahabat sekolah syu, ami zizalina untuk majlis kenduri di rumah baru dia. thanks ami.

Sunday, October 24, 2010

Choc Cake - Umi Mimi

cake choc bertoppingkan choc ganache ni order dari pengasuh anak2 adik syu di jalan bukit naga klang. thanks yer ummi....

cake edible ni syu buatkan untuk anak2 syu sempena hari lahir dorang bulan jan n feb tapi syu lewat buatkan sampai berbulan2. heeeeeeee. rasa kesian plak coz ramai kengkawan dorang yang sambut besday di sekolah. jadi sebelum puasa syu buatkan jugak untuk dorang demi anak2 tersayang....."sori sayang mama buatkan kek lambat untuk anak2 mama". semoga anak2 mama digolongkan dengan orang2 yang cerdik pandai, yang soleh dan hormat orang tua...amin.





5 box cuppies ni order dari student uitm yang telah tamat menjalankan praktikal. dan kini dorang nak bagi hadiah sebagai ucapan terima kasih. cuppies ni order dari individu yang berlainan n tapi dorang ni sahabat yang praktikal di berlainan tempat. ape2 pun terima kasih yer adik2....

Saturday, October 23, 2010


cuppies fondant ni untuk adik ipar syu yang bertunang dengan org neg 9. syu buat kat umah mak mentua kat melaka coz tak sempat nak buat kat umah. jadiknyer syu angkut sume barang yang wajib jer la. cake kena bakar kat umah lah tak akan nak angkut ngan oven sekali kot..heee...

cake ni order dari customer dok kat seksyen 8 shah alam melalui adik ipar syu. thank you yer...



cake ni semua order dari pusat zakat selangor. katanyer order untuk minum2 petang untuk hari mingggu bersama keluarga. dorang suka cream syu yang tak manis dan tak muak. syukur alhamdulillah. ramai yang repeat order. thanks...
cake ni order melalui kazen syu. dia yang amik dan antar kepada kawan dia tu. cake ni nak dihantar ke asrama adiknyer tp syu tak pasti kat mana. thank you kazen.....

Friday, October 22, 2010

cuppies fondant ni order dari taman melawati kl untuk adik iparnyer yang bertunang. syu dijemput hadir ke majlis tersebut. belum pun sempat duduk mak mertua dia berbisik di telinga syu mengatakan "cantik dan terima kasih". tak terkata syu dibuatnyer dan hanya senyum dan balas balik dengan ucapan terima kasih....ape2 tahniah kepada tuan punyer majlis...
order dari sarinawai, member sekolah rendah lagi. mula2 jumpa kat fesbook. heeee..nama anak dia sama ngan nama anak sulong syu. ape2 pun thanks wani n hapi besday to afrina...

cake chocolate with topping choc ganache and choc rice. order dari TBU (toyota) seksyen 15 shah alam. yang 4 segi tu 1kg n yang bulat panjang ni half kg. thank you....



cake ni order dari sekolah agama jalan kebun. syu pun tak pasti anak murid yang order atau cikgu yang order. heeeee. coz ni pekerja syu yang bagi tau nak cake sekian2. ape2 pun thank you adik2 n cikgu2....

cupcake edible (50pcs) n cake edible princess ni order dari sementa klang. yang cuppies tu untuk di bagi sorang satu pada kengkawan anak dia. yang cake 1kg ni untuk potong masa majlis. thanks yer....
cake ni order dari bukit naga untuk majlis pertunangan mungkin untuk anaknyer or saudara. tak sempat nak bertanyer. jumpa pun sekejap ajer..... tema ungu...thank you kak....

order dati zakat selangor. request choc flaver n choc ganache topping. tak nak design bunga2 katanyer. nak design garis2 camne n colourful.....thanks yer...
cake ni order dari income tax (lhdn) shah alam. choc cake with choc ganache n with simple deco untuk hari langtahun perkahwinan. thank you...


2 cake ni order dari student sekolah agama bukit naga klang. mungkin untuk cikgu dorang kot. syu tak dapat berhubung dengan student tu coz tak ditinggalkan tel no. order pun melalui pekerja syu. hope dorang suka....thanks yer adik2 ku...



alhamdulillah, penghujung 2008 syu dapat satu kedai mini di jalan bukit naga klang. ini ada sedikit gambar untuk dikongsi bersama. kedai tak lah besar. kecik ajer n syu rasa cukuplah untuk permulaan. ini pun dah beryukur. hubby n adik2 bertungkus lumus membasuh dan mengecat kedai tu. terima kasih benyak2.

bulan dec 2008 baru start buka kedai. untuk permulaan syu hanyer letak roti n simple cupcake. dan ada sedikit jamuan untuk jiran2 kedai sebelah dan bacaan doa pembukaan kedai. semoga di permulaan perniagaan ini berjalan dengan lancar walaupun sedar terlalu banyak saingan di luar sana.

dan pada Aug. 2010 syu telah meletakkan jawatan di salah sebuah syarikat vendor proton di meru. syu tekad untuk memberi full time kepada kedai memandangkan syu tak sempat nak membuat strategi dan planning perniagaan.

dan kini bermulalah episod yang baru. terima kasih syu ucapkan kepada sahabat handai dan keluarga yang memberi dorongan dan sokongan.

cake ni order dari pusat zakat selangor. untuk makan2 di pejabat katanyer....n syu dpt pujian dari dorang mengatakan cream syu tak manis sgt. ada yang tak suka makan cake yang ada cream terus suka n makan tak berenti....heeee....syu dah tukar selera orang nampaknyer ni...jgan marah....thank you yer....


cuppies ni order dari sahabat tenet, dana dari kl. kami jumpa di dataran shah alam hari sabtu mala. cc choc ganache ni untuk bf dia yang dtg sekali amik cuppies. yang lagi 2 box tu untuk member opis dia. thank yer dana.
sekali lagi order dari sementa klang untuk majlis pertunangan. request bunga2 warna warni. thanks yer....
fondant cupcake order dari bukit naga klang sempena majlis pertunangan adik iparnya. order ni last minit. order pagi, tengahari dah nak amik. jadi syu buat aper yang ader jer kat umah n syukur tak banyak kerenah ....trima kasih dan tahniah....

lagi sekali order dari seksyen 19 shah alam. syu tak tau plak nama opis dorang ni...dorang bagi tau.... tak puas makan aritu katanyer, sedap...thanks yer....
colouful cuppies ni order dari seksyen 19 shah alam, opis (lab opis kalu tak silap) dorang request cream membukit. heeee....rupanyer dorang suka makan cream, tak muak katanyer....thanks yer.....
cuppies ni untuk jiran depan umah syu anak dia bertunang, marina. bertemakan hijau jadi syu buatkan filling kiwi sekali ngan box untuk menyenangkan tuan rumah. selamat bertunang....tahniah

2 box cuppies ni order dari kak cho zila dari puchong. tapi cuppies ni nak bawa ke shah alam, sambutan besday anak2 dengan sedara mara. kami jumpa di dataran shah alam jer untuk memudahkan kedua2 pihak. thanks akak....

2 box cuppies ni order dari student uitm shah alam. box yang kat atas tu untuk sambut besday bf dia. dan yang lagi satu box tu just untuk makan2. ini order dari student yang lain. ape2 pun thanks yer adik2 ku....

cuppies ni order dari sahabat syu, jaja untuk besday anak buah dia yang nak disambut di sekolah. drawing cartoon ni first time syu buat. thanks ja, n selamat hari jadi intan....