D'Rase @ Syuhaiza Bakeryshop dikenali di facebook

Pada mulanyer hanya sebagai hobi dan suka-suka. Memang tiada niat langsung untuk berniaga. Lagipun memang tak reti macamana nak mulakan.

Bermula dengan menjamu sahabat handai di pejabat dan saudara mara. Dan ada juga dibuat sebagai cenderahati dan hadiah setiapkali menziarahi mereka ataupun untuk meraikan majlis-majlis tertentu....Alhamdulillah...dari situ adanyer pertanyaan dari mereka itu dan ini tentang produk kami.

Bermula dengan Cookies tahun 2004, disusuli dengan cupcake dan cake pada 2007. Di tambah lagi dengan homemade chocolate tahun 2010. Dan yang terbaru Fancy Cookies....





Friday, December 23, 2011

baby shower - iera

cake ni order dari iera jiran depan umah syu sempena majlis lenggang perut. iera ni mengandung anak pertama.....thank you eira

cuppies n cake - aisyah

cuppies 2 box untuk makan dengan family


cuppies untuk pengantin baru


cake upin ipin untuk anak tersayang


kesemua order ni dari aisyah...alhamdulillah....aisyah banyak kali dah order dengan syu....terima kasih banyak2 aisyah....

cake wedding - azah

tingkat atas


tingkat bawah


cake 2 tingkat ni order dari azah untuk sepupunya sempena majlis perkahwinan di sg. besar. pic ni pun azah yang tolong amik kan. thank you azah....

cake - noreen

cake ni order dari noreen dari pulau indah..order malalui fb. katanya untuk suami. kami jumpa di kg. jawa econsave....thank you noreen
Piping Jelly


Buttercream

cuppies 2 box ni order dari sura. satu deco guna piping jelly dan satu lagi buttercrea. katanya untuk makan2 di rumah mak mentuanya....thank you sura....

cake wedding - jaja

cake wedding bertemakan hijau ni untuk sahabat syu, jaja sempena majlis perkahwinannya. thank you....semoga kalian berdua bahagia dunia dan akhirat..insyaAllah....


cuppies ni pulak untuk buah tangan kepada pihak lelaki.....

cupcake - fazidah

cupcake 100pcs ni order dari fazidah bertemakan merah putih siap dengan bekas. katanya nak diberi pada jiran untuk dibuat gift masa kenduri perkahwinan. thank you fazidah.....

cake choc - marina

cake chocolate bertoppingkan choc ganache ni order dari marina jiran depan umah syu untuk besday papanya...thank you marina.....

cupcake - en. razman

cuppies ni order dari en. razman untuk buah tangan jiran sempena majlis kenduri berkhatan. thank you bosss....

cupcake - sura

cupcake bertemakan warna maroon, order dari sura member opis syu. siap dengan minta kotak dan renda2 lagi... katanya untuk sahabat sempena majlis pertunangan. thank you sura

Thursday, December 22, 2011

cake upin ipin - zakat

cake ni order dari pusat zakat. request draw upin ipin. syu ni dah lar baru nak belajar....di suruh juga nak yang camni...i try my best. dan ini lah hasilnya. thank you...

Edible angry bird - fazidah


cake edible ni order dari fazidah untuk anak daranya. nak di bawa ke sekolah. thank you fazidah. tp syu nak ucapkan takziah juga coz pg esoknya ayahanda meninggal. takziah dari kami sekeluarga....