D'Rase @ Syuhaiza Bakeryshop dikenali di facebook

Pada mulanyer hanya sebagai hobi dan suka-suka. Memang tiada niat langsung untuk berniaga. Lagipun memang tak reti macamana nak mulakan.

Bermula dengan menjamu sahabat handai di pejabat dan saudara mara. Dan ada juga dibuat sebagai cenderahati dan hadiah setiapkali menziarahi mereka ataupun untuk meraikan majlis-majlis tertentu....Alhamdulillah...dari situ adanyer pertanyaan dari mereka itu dan ini tentang produk kami.

Bermula dengan Cookies tahun 2004, disusuli dengan cupcake dan cake pada 2007. Di tambah lagi dengan homemade chocolate tahun 2010. Dan yang terbaru Fancy Cookies....





Monday, February 21, 2011

macaroni bakar



mini macaroni bakar ni order dari aznita dari klang. request 10cup tak nak cili sos untuk anak2 katanya. macaroni ni dia bawa untuk berkelah dengan keluarga. kami jumpa di giant sec 18 shah alam. rupa2nya aznita n hubbynya adalah kawan adik lelaki syu di politek. hubby aznita yang memperkenalkan diri. ape2 pun thank you aznita n selamat menikmati macaroni ni....

lolichoc 'love' n 'xoxo'



lolichoc ni order dari azie dari klang. kami berjanji nak jumpa di giant. tapi kami sama2 salah faham. syu ingatkan giant besar shah alam, yang azie ingat giant bukit tinggi. pikir punyer pikir tak per lar syu turun sana. boleh singgah umah adik sekali. tp tak dapat nak jumpa coz dia minta tolong opismate dia yang tolong amik. aper2 pun thank you azie

Sunday, February 20, 2011

barbie cake


cake barbie ni order dari ex opismate syu, faiz untuk majlis hari jadinyer anak sulongnyer alya. lama betol dah memang tak jumpa si faiz ni. makin sihat..heeee. ape2 pun thank you faiz n hapi besday to your puteri si alya.

cupcake silver n white


cupcake bertemakan silver n white order dari suriati dari sirim untuk majlis perkahwinan adiknyer. kami jumpa di depan pintu pagar sirim jer untuk serahkan cupcake tu. thank you suriati....

muffin


muffin blueberry and muffin chocolate 1,200pcs order dari kak miesah dari bukit naga untuk majlis perkahwinan anak saudaranya. syu tak pernah dapat order yang lebih dari 1,000pcs. pada mulanya takut jugak tapi alhamdulillah berjalan dengan lancar dan dapat hantar tepat pada masanya. thank you kak...

cake edible ultraman



cake 2 kg edible ultraman ni order dari member sekolah syu, fazidah untuk majlis hari jadi anaknya yang nak di raikan di taska. thank you fazidah n hapi besday to aniq.

cupcake fondant tema pink n hijau



cupcake fondant ni order dari kak emmy dari putrajaya untuk majlis pertunangan anak saudaranya di taman dato harun. beberapa tahun yang lepas syu ada buatkan fondant cupcake tema merah untuk adik kak emmy ni untuk majlis pertunangan juga. n tak sangka plak kak emmy boleh ingatkan lagi pada syu untuk tempahan kali ke 2 ni. thank you kak.....

cupcake n chocolate edible image





cupcake n chocolate edible ni order dari hafizah buat kali ke 2. senang betol berurusan ngan hafizah ni n terima kasih banyak2 coz beri kepercayaan untuk mendeco cupcake tu. thank you very much..

Sunday, February 13, 2011

chocolate cake


chocolate cake topping chocolate ganache order dari kak jamilah seksyen 20 shah alam. cake ni untuk anak2nyer yang akan pulang ke rumah dari luar negeri. thank you kak

edible upin ipin


cake chocolate upin ipin edible ni order dari hairulbariah dari seksyen 24 shah alam untuk besday anaknyer. selepas puas berurusan rupa2nyer hairulbariah adalah kawan suami syu di pejabat lama. thank you very much

Saturday, February 5, 2011

cake SIRIM



cake chocolate, topping chocolate ganache order dari SIRIM untuk majlis hari jadi pekerja2nyer bagi bulan jan and feb. terima kasih banyak2.

cake besday kak tini



cake besday order dari kak tini. cake ni dia nak menjamu kawannyer di pejabat. jadi kak tini request tak perlu letak nama dia. terima kasih banyak2 la kak tini. sanggup masa rehat datang umah amik cake ni. thank you very much

Tuesday, February 1, 2011

hai, salam sejahtera semua

ada satu pengumuman untuk anda yang ingin mempelajari chocolate buatan tangan ataupun hands on decoration cupcake dengan buttercream atau pun cupcake fondant.

tak perlu risau, kami boleh ke tempat anda untuk memenuhi impian anda sekiranya anda tidak boleh datang ke tempat kami untuk mempelajarinya. insyaAllah kami akan kesana selepas mempertimbangkan beberapa perkara. jadi apa tunggu lagi....jom bersama kami memeriahkan dunia chocolate dan cupcake.

Kelas Chocolate Buatan Tangan

Apa yang akan anda pelajari?

1) Biskut oreo disaluti chocolate dengan acuan yang menarik
2) Lolichoc pelbagai patern
3) Chocolate dengan filling seperti strawberi, durian, orange
4) Chocolate dengan inti kekacang
5) Chocolate dengan gambar edible

Lagi.....

1) Teknik cairan chocolate
2) Teknik pembekuan
3) Teknik warna
4) Packaging

Dan.....

Anda akan membawa pulang kesemua chocolate buatan tangan anda sendiri lebih 50pcs chcolate

Kelas Hands On Cupcake

Apa yang akan anda pelajari

1) Cara membuat chocolate ganache
2) Cara membuat buttercream

Lagi....

1) Mempelajari penggunaan nozzle
2) 16 cupcake akan di hias dengan pelbagai corak dengan menggunakan buttercream / choc ganache
3) Topping dengan jem / filling

Dan lagi...

Anda akan membawa pulang 16pcs cupcake dengan hiasan dan kreativiti anda dengan teknik2 yang diberi untuk orang2 dirumah.

Kelas Cupcake Fondant

Apa yang akan anda pelajari

1) Cara2 membuat gumpt paste (bunga, daun, rama2, love shape dll)
2) Akan di ajar 8pcs cupcake untuk di hias dengan gumpt paste yang telah anda buat sendiri
3) Teknik tampalan pada permukaan cupcake
4) Teknik campuran warna dan adunan

Lagi...

Anda akan membawa pulang 8pcs cupcake hasil kreativiti tangan anda sendiri untuk orang2 dirumah.....

Semua nota akan diberi. Anda cuma pilih sahaja kelas mana yang ada inginkan. Setiap satu kelas, satu hari yang akan mengambil masa dalam 5-6 jam sahaja.

apa lagi tunggu......

class chocolate





ini class chocolate yang pertama yang syu anjurkan di bukit naga. itupun atas permintaan Cikgu Siti Miskina yang dulunyer pernah belajar decoration hands on cupcake juga dengan syu. dia tak sangka banyak benda yang dia dapat belajar pada hari pembelajaran. macam2 cara dan corak untuk chocolate. terima kasih kak, semoga apa yang dipelajari dapat di menafaatkan.