D'Rase @ Syuhaiza Bakeryshop dikenali di facebook

Pada mulanyer hanya sebagai hobi dan suka-suka. Memang tiada niat langsung untuk berniaga. Lagipun memang tak reti macamana nak mulakan.

Bermula dengan menjamu sahabat handai di pejabat dan saudara mara. Dan ada juga dibuat sebagai cenderahati dan hadiah setiapkali menziarahi mereka ataupun untuk meraikan majlis-majlis tertentu....Alhamdulillah...dari situ adanyer pertanyaan dari mereka itu dan ini tentang produk kami.

Bermula dengan Cookies tahun 2004, disusuli dengan cupcake dan cake pada 2007. Di tambah lagi dengan homemade chocolate tahun 2010. Dan yang terbaru Fancy Cookies....





Wednesday, January 26, 2011

cake vanilla


cake ni order dari kawan adik ipar syu. dia order emergency setelah dia tengok cake2 kat luar tu sama jer design. cake ni untuk hubbynya. thank you.

Tuesday, January 25, 2011

wedding cake



cake wedding ni order dari boboy untuk majlis perkahwinan saudaranyer bertemakan peach. terima kasih banyak2....

lagi cake chocolate


cake chocolate lagi bertopingkan chocolate ganache order dari bukit naga untuk suami. buat surprise katanyer. 3 minggu awal dah order dah. thank you ida....

cake chocolate



cake chocolate bertoppingkan chocolate ganache order dari faizah. emergency order. nasib baik semuanyer ada. syu ingat nak delivery malam tp tak siap lagi n sudahnyer faizah yang datang amik pada keesokan paginya. lagipun cake ni nak dibawa ke opis. thank you faizah....

lolichoc


lolichoc ni order dari yanti. thank you very much.

Monday, January 24, 2011

cake perpisahan dan terima kasih....


cake ni order dari sepupu syu sempena hari terakhir dia di jabatan kerana akan ditukarkan ke jabatan lain. puaslah syu menulis semua nama2 kwn2nyer itu. takut jugak ada nama yang tertinggal... tahniah yer.....

Tuesday, January 11, 2011

upin ipin and princess





cake dan cupcake ni order dari boboy untuk majlis harijadi saudaranye. thank you very much..

cupcake blue and silver



cupcake untuk maklis perkahwinan kawan asnieda bertemakan blue and silver 100pcs. thank you very much

macaroni bakar



mini macaroni bakar order dari aznie untuk 2 kali sabtu. thank you aznie.

Ben10



cake Ben10 order dari member sekolah, tee eliza untuk anak bujangnyer. kami sama2 antar anak ke sekolah sempat lagi tee mengoder. thank you tee...

cake pink rose


order lagi dari zakat selangor. alhamdulillah....thank you very much. ari tu order half kg tapi kali ni 1kg. nak design yang sama tp syu ada buat lain sikit.....terima kasih sekali lagi....

cupcake merah kuning putih





order dari jaja untuk majlis pertunangan pakciknyer bertemakan kuning, merah dan putih. kotak cupcake ni jaja yang tolong belikan coz kat shah alam memang tak ada. dia beli kat bangi. thank you jaja.....

Friday, January 7, 2011

smile lolichoc n cake choc



order dari jaja untuk satu majlis di perak sebagai buah tangan. tp tak pasti plak majlis aper. aper2 pun thank you very much.