

cupcake n cake ni order dari sahabat sekolah syu, ami zizalina untuk majlis kenduri di rumah baru dia. thanks ami.

cake edible ni syu buatkan untuk anak2 syu sempena hari lahir dorang bulan jan n feb tapi syu lewat buatkan sampai berbulan2. heeeeeeee. rasa kesian plak coz ramai kengkawan dorang yang sambut besday di sekolah. jadi sebelum puasa syu buatkan jugak untuk dorang demi anak2 tersayang....."sori sayang mama buatkan kek lambat untuk anak2 mama". semoga anak2 mama digolongkan dengan orang2 yang cerdik pandai, yang soleh dan hormat orang tua...amin.
cuppies fondant ni order dari taman melawati kl untuk adik iparnyer yang bertunang. syu dijemput hadir ke majlis tersebut. belum pun sempat duduk mak mertua dia berbisik di telinga syu mengatakan "cantik dan terima kasih". tak terkata syu dibuatnyer dan hanya senyum dan balas balik dengan ucapan terima kasih....ape2 tahniah kepada tuan punyer majlis...



alhamdulillah, penghujung 2008 syu dapat satu kedai mini di jalan bukit naga klang. ini ada sedikit gambar untuk dikongsi bersama. kedai tak lah besar. kecik ajer n syu rasa cukuplah untuk permulaan. ini pun dah beryukur. hubby n adik2 bertungkus lumus membasuh dan mengecat kedai tu. terima kasih benyak2.